SeLaMaT DaTaNG

Sunday 12 May 2013

UTK APA AIR MATA INI MENGALIR....???



SEORANG BIJAK PANDAI ADA MENYATAKAN….ORANG YANG MERASA SEDIH .. KECEWA DAN MENGALIRKAN AIRMATA DI DUNIA INI ADA TIGA GOLONGAN:


1 –Si pencinta yang berpisah dengan kekasihnya.
2- Si anak yang kehilangan ayahnya
3- Si kaya yang kehilangan hartanya


Maksudnya…tiga perkara inilah yang menyebabkan manusia susah hati…
sanggup berkorban dan bermatian kerananya….

kehilangan tiga perkara ini akan menyebabkan kesedihan yang amat sangat….
kehampaan yang mencengkam jiwa…
mengeluarkan tangisan yang cukup mengharukan…
kerana memang manusia amat mementingkan :


1-Cinta  

2- keluarga  

3-Kaya raya   



Cuba teka kita bekerja keras siang dan malam kerana apa ? sudah tentu kerana……


1 – Untuk membahagiakan pasangan yang tercinta
2- Untuk kesenangan kita sekeluarga
3- Supaya kita ada harta yang ditinggalkan


Tanpa kita sedari…
cinta kita kepada tiga perkara ini….
tangisan kita kepada tiga perkara ini…..
kesedihan kita kepada tiga perkara ini …..

sebenarnya melebihi dari cinta kita kepada Allah….
tangisan kita kerana mengingati Allah….
kesedihan kita kerana jauh daripada Allah…..
Kita tidak pernah bersedih jika sembahyang kita tidak sempurna…
puasa kita tidak sempurna….
sedekah kita tidak sempurna…..
ibadah kita tidak sempurna..
kita hanya ketawa apabila kita melakukan dosa….


tanpa kita sedari…
bahawa kita sedang ketawa menuju ke neraka….
yang penuh siksa…? 


Nauzubillah…nauzubillah…..!!


Kita tak seperti Rasulullah saw..yang bangun di tengah malam..
bertahajjud mengadap Allah…
merayu…
memohon bermunajat dengan linangan airmata yang deras mengalir sehingga membasahi janggut baginda…….sedang nabi saw maksum..tiada dosa…dijamin syurga……..!!!




Namun kita…?..kita……?...kita……kita…….


tak pernah nak mengalirkan airmata pada situasi begini….
mungkin hati kita dah mati agaknya…..


ketawa..ketawa…ketawalah….sepuas-puasnya….
kerana barangsiapa yang banyak ketawa di dunia akan menangis di akhirat…
dan barangsiapa yang banyak menangis di dunia ini..kerana mengerjakan suruhan Allah akan ketawa di dalam syurga Allah di akhirat nanti………..


Sesungguhnya kitalah manusia yang melupakan Allah….
dengan tiga ujian yang Allah kurniakan dalam bentuk nikmat ataupun musibah……


Ya Allah ampunkanlah dosaku…..kerana lalai dalam mengingatimu……
jangan kau siksa diriku…..di atas kejahilan dan kelalaianku………




No comments:

Post a Comment