SeLaMaT DaTaNG

Sunday 8 January 2017

Solat Dhuha =)

jom selawat!

Solat Sunat Dhuha atau juga dikenali sebagai solat sunat Duha adalah solat sunat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam).


Solat sunat Dhuha, mungkin ramai yang nampak remeh sebab hanya 'sunat' untuk dilakukan. Tetapi solat sunat inilah mendekatkan lagi kita pada Allah. Dan juga solat 'magnet' rezeki!

Waktu paling afdal / sesuai untuk solat : Pagi - 20 minit selepas matahari terbit. Anggaran 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Sebelum zuhur).

Niat : أصلي سنة الضحى ركعتين لله تعلى : sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah taala.


Amalkan solat sunat ini setiap hari, dapat 2 rakaat 1 hari pun tak mengapa. Janji jangan ditinggalkan Sunnah ini. Tambahkan amalan kita dengan solat-solat sunat. InsyaAllah boleh menghapuskan dosa.  Kadang-kadang kita solat fardhu yang 5 waktu pun tak khusyuk, jadi boleh la perbanyakkan amalan sunat yang lain. InsyaAllah dapat membersihkan hati kita.


Jom kita baca doa ini selepas solat sunat Dhuha :

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu, 
kecantikanya kecantikanMu,

keindahannya keindahanMu, 
kekuatannya kekuatanMu, 
kekuasaannya kekuasaanMu,
perlindungannya perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezeki masih di langit,
turunkanlah,


jika  di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, 
jika haram, sucikanlah,
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.





Tuesday 14 May 2013

Renungan Buat Mereka Yang Bergelar Wanita

jom selawat!


Ingatlah wahai saudariku, sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan, selepas cucuran air mata akan muncul sebuah senyuman dan selepas kegelapan malam akan menjelma pula sang mentari bagi menyinari alam buana ini.


Terdapat banyak kisah mengenai serikandi2 Islam yang sentiasa dikenang dan diingati kerana kisah2 mereka menjadi rujukan dalam agama, rasa malu, hijab, akhlak yang baik sama ada pada jiran tetangga mahupun dalam ketaatan mereka pada suami. Kisah hidup yang harum mewangi bak kasturi akan terus menerus diceritakan oleh ramai orang, dijadikan nasihat dan tauladan di majlis2 ilmu dan ikutan yang sentiasa menjadi idola.


Sebenarnya apa sahaja bentuk ujian ataupun musibah yang menimpa diri kita adalah berlaku diatas kehendak Allah SWT. Ia juga akan menjadi kaffarah bagi dosa2 kita pada hari akhirat kelak.


Allah SWT berfirman didalam Surah AnNur pada ayat yang ke31 yg bermaksud,

 
"Dan katakanlah kepada PEREMPUAN2 YG BERIMAN supaya:

* MENYEKAT PANDANGAN mereka (daripada memandang yang haram) dan

* MEMELIHARA KEHORMATAN mereka dan

* JANGANLAH MEREKA MEMPERLIHATKAN PERHIASAN TUBUH MEREKA kecuali yang zahir daripadanya; dan

* HENDAKLAH mereka MENUTUP BELAHAN LEHER BAJUNYA dengan tudung kepala mereka; dan

* JANGANLAH mereka MEMPERLIHATKAN PERHIASAN TUBUH mereka

* MELAINKAN kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak2 mereka, atau anak2 tiri mereka atau saudara2 mereka atau anak bagi saudara2 mereka yang lelaki atau anak bagi saudara2 mereka yang perempuan, atau perempuan2 Islam atau hamba2 mereka atau orang gaji dari orang2 lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak2 yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan

* JANGANLAH mereka MENGHENTAKKAN KAKI untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi  dari perhiasan mereka dan

* BERTAUBATLAH kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Kemudian Allah SWT juga berfirman didalam Surah AlAhzab ayat 59 yang bermaksud:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya MELABUHKAN PAKAIANNYA bagi MENUTUP SELURUH TUBUHNYA (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [


Pada pandangan saya yang hina ini, suruhan dan larangan Allah didalam ayat2 diatas tadi adalah mudah untuk dilaksanakan bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah. Kerana itulah wahai sudari2ku sekalian, laksanakanlah amalan2 tersebut supaya kita dapat menemui Allah SWT disyurga akhirat kelak. Hayatilah AlQuran dan Sunnah NabiNya, nescaya kita akan menjadi seorang muslimah sejati.


Kita semua sungguh bertuah dan patut bersyukur kerana dilahirkan di negara Islam yang aman dan sejahtera ini kerana kebanyakan wanita di luar sana (terutamanya yg dilahirkan di negara2 kafir) tidak berkesempatan untuk merasai nikmat sebegini indah. Malah, mereka hanya mampu melihat penindasan demi penindasan ke atas agama dan umat Islam. Setinggi-tinggi kesyukuran perlu kita rafa’kan keatas pencipta alam ini kerana kita semua dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi seorang muslimah, untuk menjadi salah seorang pengikut nabi Muhammad SAW dan untuk menjadi salah seorang daripada hamba2Nya untuk menyebarkan dakwah islamiah dimuka bumi ini.
Akhirulkalam, disini saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kerana saudari2 sekalian sudi meluangkan masa membaca entri yg tidak seberapa ni. Tahniah diucapkan kerana kalian dengan jayanya mendirikan solat 5 waktu, berpuasa sebulan dibulan Ramadhan, berselawat keatas Nabi SAW dan berpakaian menutup aurat. Hingga ketemu di entri yg akan datang.
** MEMADAILAH ALLAH SEBAGAI PENOLONG KAMI,
DAN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG**

Sunday 12 May 2013

UTK APA AIR MATA INI MENGALIR....???



SEORANG BIJAK PANDAI ADA MENYATAKAN….ORANG YANG MERASA SEDIH .. KECEWA DAN MENGALIRKAN AIRMATA DI DUNIA INI ADA TIGA GOLONGAN:


1 –Si pencinta yang berpisah dengan kekasihnya.
2- Si anak yang kehilangan ayahnya
3- Si kaya yang kehilangan hartanya


Maksudnya…tiga perkara inilah yang menyebabkan manusia susah hati…
sanggup berkorban dan bermatian kerananya….

kehilangan tiga perkara ini akan menyebabkan kesedihan yang amat sangat….
kehampaan yang mencengkam jiwa…
mengeluarkan tangisan yang cukup mengharukan…
kerana memang manusia amat mementingkan :


1-Cinta  

2- keluarga  

3-Kaya raya   



Cuba teka kita bekerja keras siang dan malam kerana apa ? sudah tentu kerana……


1 – Untuk membahagiakan pasangan yang tercinta
2- Untuk kesenangan kita sekeluarga
3- Supaya kita ada harta yang ditinggalkan


Tanpa kita sedari…
cinta kita kepada tiga perkara ini….
tangisan kita kepada tiga perkara ini…..
kesedihan kita kepada tiga perkara ini …..

sebenarnya melebihi dari cinta kita kepada Allah….
tangisan kita kerana mengingati Allah….
kesedihan kita kerana jauh daripada Allah…..
Kita tidak pernah bersedih jika sembahyang kita tidak sempurna…
puasa kita tidak sempurna….
sedekah kita tidak sempurna…..
ibadah kita tidak sempurna..
kita hanya ketawa apabila kita melakukan dosa….


tanpa kita sedari…
bahawa kita sedang ketawa menuju ke neraka….
yang penuh siksa…? 


Nauzubillah…nauzubillah…..!!


Kita tak seperti Rasulullah saw..yang bangun di tengah malam..
bertahajjud mengadap Allah…
merayu…
memohon bermunajat dengan linangan airmata yang deras mengalir sehingga membasahi janggut baginda…….sedang nabi saw maksum..tiada dosa…dijamin syurga……..!!!




Namun kita…?..kita……?...kita……kita…….


tak pernah nak mengalirkan airmata pada situasi begini….
mungkin hati kita dah mati agaknya…..


ketawa..ketawa…ketawalah….sepuas-puasnya….
kerana barangsiapa yang banyak ketawa di dunia akan menangis di akhirat…
dan barangsiapa yang banyak menangis di dunia ini..kerana mengerjakan suruhan Allah akan ketawa di dalam syurga Allah di akhirat nanti………..


Sesungguhnya kitalah manusia yang melupakan Allah….
dengan tiga ujian yang Allah kurniakan dalam bentuk nikmat ataupun musibah……


Ya Allah ampunkanlah dosaku…..kerana lalai dalam mengingatimu……
jangan kau siksa diriku…..di atas kejahilan dan kelalaianku………




Buat Insan Paling Bermakna ♥


Tika mentari lembut menyapa ku
Diriku kaku menatap pena
Beku sedingin salju
Ku tak bisa melakar coretan ini
Tapi untuk mu sahabatku 
ku gagahi jua..

Diri mu amat ku kasihi…
ku hormati...ku kagumi
Ku cuba memahamimu
Jatuh terduduk diri mu
Namun ku tak bisa berada di sampingmu
Maaf kan ku..
Hanya doa yang mampu ku titipkan buat mu

Usah kau salahkan diri mu
Usah kan kau bersedih
Dengan apa yang berlaku
Bangkit lah dari duka mu
Hidup ni bukan untuk seketika
Untuk hari mendatang juga

Ku sedar betapa cekalnya hatimu
Menghadapi ujian Allah Yang Satu
Ku ingin kau kuat kan hati mu
Menghadapi ranjau kehidupan
Yang penuh onak dan duri….
Hanya ketabahan dan keimanan di hati
Mengatasi segalanya

Selagi nadi berdenyut
Percaya lah bahawa
Ku sentiasa berada
Di sisi mu….di belakang mu
Akan ku pastikan
Kau bisa berjalan dan berlari
Aku bukan lah yang terbaik
Tapi akan ku cuba
Untuk buat mu bahagia……

*******************

Andainya...
Ku mampu mengait gumpalan awan..
Kan ku ukir namamu..
Di dada langit..
Agar dirimu terus tersenyum...

Andainya...
Ku mampu belajar bahasa angin..
Kan ku kirimkan kalimah semangat..
Agar dirimu teguh berdiri...

Andainya...
Bicaraku selembut hatimu..
Kan ku susun kata-kata menyenangkan..
Agar kau tidak terus menangis...

Di sini aku sentiasa..
Ada untuk kamu..
Menghapus segala titisan kelukaan hatimu...


# buat sahabat2 tersayang...wa minx maaf seandainya seringkali myusahkan kalian..
# MOGA BERJAYA DUNIA AKHIRAT..ameen
# kenang daku dlm doamu

# Wa SAAAYAAANGG SEMUA #
# Thanks for everything #





                                   



Tuesday 7 May 2013

Warkah Terakhir~


Dikeheningan malam yg sunyi sepi..aku termangu2. tak tahu nk buat apa.. idea...oh idea..dimanakah dikau???
"hmmmm...mcm mana ni,??xde idea lah nk buat sajak utk cik bulan..alahaiii"

BULAN oh BULAN..! satu idea pon xde gak..hmm..fed up ah cenggini! tdo lg bagus..haha..
cik bantal dah mlambai2 ni..ape lg...time to sleep la!hoho~

setengah jam kemudian....

nape mata xmau pejam ni...adehhhhh 
aku terpandang sepucuk sampul surat yg berwarna kuning di sudut meja ku..ermm...suratt!

tiba2 ingatanku kmbali mengimbas memori lalu..
perkenalanku dgn seorg hamba Allah yg x sampai sebulan kot tetapi,, mbawa 1001 pgjaran pd diriku..
tahun bila..???mgkin beberapa abad yg lalu, itu aku sndri pun x pasti..haha


*********************************************************************************

Di pertengahan jalan..

Juniorku menegur : Asslmlkum kak

Aku :  wa'alaikmsalamwrh..ye dik, ada apa ye??(sekilas pandang je aku dah nmpk nama nya bnama "SYUKRI")

Adik Syukri : kak, ni ada surat utk akak...(smbil mhulurkan smpul surat bwrna kuning kpdku)

Aku : oo..sape bg eh??

Adik Syukri : akak bace jelah, sy pun xtahu ape nama pengirimnya. lupa nk tanya td.

Aku : ok2,..trma kasih ye dik..

Adik Syukri : sama2. kak,. dia pesan, baca mlm nnt tau bila akk nk masuk tdo.

Aku : ye ke..??ermmm..ok la..

Adik Syukri : sy cuma menyampaikan amanah org je...hehe

Aku : ye2..trma kasih byk2. jgn kecoh2 ye. asslmlkum  =)

                                             ***************************

"ermmm...surat ape pulak ni??sape yg bg ni..??hish, buat aku sspen jer. tp adik syukri td pesan bace sblum tdo..alahaiii..lambat lg ni".

tiba2 faiqah shbt baikku merampas surat tersebut.."WAHH..dpt surat tu...sape bg ni??nk bace gak wehh.haha"

" eh, bg balik. tu amanah org la..aku nk bg dkt tuan punye surat tu..(slamber je aku mnipu..xpe, tipu sunat..haha)

Faiqah : ye ke...alaaa. nak tau jgk isinye!

" xboleh laa, amanah ni..jom balik. aku penat ni..mlm kang ada study group..jgn buat2 lupa lak.."

Faiqah : a'ah la..hampir terrrrlupaaaa lak..haha..ok2 jom


                                         *********************************

11.30 pm...

"ape aku nk buat td eh..??alahaii..ape ye..??"

"ha!! surat sampul kuning td..yeahh"

wktu yg ku nanti2 kan..mujur ada fitriah roomate aku tgh study lg. so, terang benderang lah bilik ni. blh aku baca kejap..hehe

ermmmm...WANGInye!!!

lalu....kubacakan isi kandungan didlm surat tuuu

mcm tulisan akhi jerrr....

Assalamua'laikumwrh..
sy nk minx maaf klu awak marah sy atas ape yg sy buat. sbnrnya,, sy mmg ingin berkwn dgn awak tp,, smpai mana sgt ingtn persahabatan lelaki dan perempuan yg ajnabi,, mesti akan ada perasaan wlaupn sedikit yg akan mnggnggu hbgn kita dengan Allah. hakikatnya, wlaupn kita terus berkawan,, susah utk kita sampai ke peringkt pernikahan kerana sy x boleh tnggu lama. jd, buat apa disimpan perasaan ini jika akhirnya tidak kemana,,

suatu pengajaran yg awak boleh blja dari ape yg berlaku,, hubungan lelaki perempuan perlu dijaga batasnya wlau skdar berkawan..

cerita sedikit, sy semasa di sekolah seorg yg agak baik, x pernah ckp dgn perempuan klu xda perkara perlu. nk ckp perkara sensitif jauh lg la. namun Allah menguji sy dgn perempuan,, dan bg pandangan sy yg hina,, sy rasa sy gagal. mulanya berkawan atas dasar ingin menasihati antara satu sama lain. tidak ada niat yg lain melainkan ingin menolong sahabat akhawat ini utk berubah mnjdi seorg yg solehah kerana dia minx pertolongn sy. 

namun,, syaitan dan iblis terlalu licik. mereka ialah makhluk yg telah hidup beribu tahun dengan manusia. mereka tahu kelemahan manusia yg kita sendiri x sangka..akhirnya sy jatuh ke perangkap mereka..dan terus jatuh..sehingga kini,, rasa rindu utk kembali seperti dlu masih menebal..

tp ini bertepatan dengan hadis Rasulullah iaitu:
Daripada Usamah bin Zais R.huma dari Nabi SAW sabdanya, “Aku tidak tinggalkan selepas kematianku satu ujian kepada kaum lelaki yang lebih mencabar melainkan ujian dengan perempuan”.

sebab itu diakhir ucapan sy yg lepas,,berhati hati dengan dosa kecil. mngkin dosa yg kita anggap kecil tp tidak mustahil ia adalah satu tapak yang besar kearah perangkap ke dosa besar.

sy harap,, awak amik iktibar..bkn niat nk uji awak.. tp..awak kene yakin,, Allah hantar sy ke dalam hidup awak kerana Allah mahu awak sedar..hidup di dunia ni x semudah yang disangka..

akhir kalam,, hati2 dgn lelaki2 walau dimana shja ..mereka x sebaik disangka,, 
"jaga Allah, Allah jaga awak,, dan Allah akan temukan awak dengan lelaki yang soleh"


-Salam ukhwah dari abgmu, *******~

Kalau jatuh blh bgun balik kan..ermm..thanks. May Allah bless u akhi..
salam perpisahan..cheewah..huhuu
walaupun akhi xdpt dgr..tp xpe lah...
saya doakan smoga akhi mjd anak+mukmin yg soleh suatu hari nnt ye
moga ketemu suri hati yg solehah ...ameen