SeLaMaT DaTaNG

Tuesday 14 May 2013

Renungan Buat Mereka Yang Bergelar Wanita

jom selawat!


Ingatlah wahai saudariku, sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan, selepas cucuran air mata akan muncul sebuah senyuman dan selepas kegelapan malam akan menjelma pula sang mentari bagi menyinari alam buana ini.


Terdapat banyak kisah mengenai serikandi2 Islam yang sentiasa dikenang dan diingati kerana kisah2 mereka menjadi rujukan dalam agama, rasa malu, hijab, akhlak yang baik sama ada pada jiran tetangga mahupun dalam ketaatan mereka pada suami. Kisah hidup yang harum mewangi bak kasturi akan terus menerus diceritakan oleh ramai orang, dijadikan nasihat dan tauladan di majlis2 ilmu dan ikutan yang sentiasa menjadi idola.


Sebenarnya apa sahaja bentuk ujian ataupun musibah yang menimpa diri kita adalah berlaku diatas kehendak Allah SWT. Ia juga akan menjadi kaffarah bagi dosa2 kita pada hari akhirat kelak.


Allah SWT berfirman didalam Surah AnNur pada ayat yang ke31 yg bermaksud,

 
"Dan katakanlah kepada PEREMPUAN2 YG BERIMAN supaya:

* MENYEKAT PANDANGAN mereka (daripada memandang yang haram) dan

* MEMELIHARA KEHORMATAN mereka dan

* JANGANLAH MEREKA MEMPERLIHATKAN PERHIASAN TUBUH MEREKA kecuali yang zahir daripadanya; dan

* HENDAKLAH mereka MENUTUP BELAHAN LEHER BAJUNYA dengan tudung kepala mereka; dan

* JANGANLAH mereka MEMPERLIHATKAN PERHIASAN TUBUH mereka

* MELAINKAN kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak2 mereka, atau anak2 tiri mereka atau saudara2 mereka atau anak bagi saudara2 mereka yang lelaki atau anak bagi saudara2 mereka yang perempuan, atau perempuan2 Islam atau hamba2 mereka atau orang gaji dari orang2 lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak2 yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan

* JANGANLAH mereka MENGHENTAKKAN KAKI untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi  dari perhiasan mereka dan

* BERTAUBATLAH kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Kemudian Allah SWT juga berfirman didalam Surah AlAhzab ayat 59 yang bermaksud:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya MELABUHKAN PAKAIANNYA bagi MENUTUP SELURUH TUBUHNYA (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [


Pada pandangan saya yang hina ini, suruhan dan larangan Allah didalam ayat2 diatas tadi adalah mudah untuk dilaksanakan bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah. Kerana itulah wahai sudari2ku sekalian, laksanakanlah amalan2 tersebut supaya kita dapat menemui Allah SWT disyurga akhirat kelak. Hayatilah AlQuran dan Sunnah NabiNya, nescaya kita akan menjadi seorang muslimah sejati.


Kita semua sungguh bertuah dan patut bersyukur kerana dilahirkan di negara Islam yang aman dan sejahtera ini kerana kebanyakan wanita di luar sana (terutamanya yg dilahirkan di negara2 kafir) tidak berkesempatan untuk merasai nikmat sebegini indah. Malah, mereka hanya mampu melihat penindasan demi penindasan ke atas agama dan umat Islam. Setinggi-tinggi kesyukuran perlu kita rafa’kan keatas pencipta alam ini kerana kita semua dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi seorang muslimah, untuk menjadi salah seorang pengikut nabi Muhammad SAW dan untuk menjadi salah seorang daripada hamba2Nya untuk menyebarkan dakwah islamiah dimuka bumi ini.
Akhirulkalam, disini saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kerana saudari2 sekalian sudi meluangkan masa membaca entri yg tidak seberapa ni. Tahniah diucapkan kerana kalian dengan jayanya mendirikan solat 5 waktu, berpuasa sebulan dibulan Ramadhan, berselawat keatas Nabi SAW dan berpakaian menutup aurat. Hingga ketemu di entri yg akan datang.
** MEMADAILAH ALLAH SEBAGAI PENOLONG KAMI,
DAN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG**

No comments:

Post a Comment