SeLaMaT DaTaNG

Sunday 8 January 2017

Solat Dhuha =)

jom selawat!

Solat Sunat Dhuha atau juga dikenali sebagai solat sunat Duha adalah solat sunat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam).


Solat sunat Dhuha, mungkin ramai yang nampak remeh sebab hanya 'sunat' untuk dilakukan. Tetapi solat sunat inilah mendekatkan lagi kita pada Allah. Dan juga solat 'magnet' rezeki!

Waktu paling afdal / sesuai untuk solat : Pagi - 20 minit selepas matahari terbit. Anggaran 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Sebelum zuhur).

Niat : أصلي سنة الضحى ركعتين لله تعلى : sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah taala.


Amalkan solat sunat ini setiap hari, dapat 2 rakaat 1 hari pun tak mengapa. Janji jangan ditinggalkan Sunnah ini. Tambahkan amalan kita dengan solat-solat sunat. InsyaAllah boleh menghapuskan dosa.  Kadang-kadang kita solat fardhu yang 5 waktu pun tak khusyuk, jadi boleh la perbanyakkan amalan sunat yang lain. InsyaAllah dapat membersihkan hati kita.


Jom kita baca doa ini selepas solat sunat Dhuha :

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu, 
kecantikanya kecantikanMu,

keindahannya keindahanMu, 
kekuatannya kekuatanMu, 
kekuasaannya kekuasaanMu,
perlindungannya perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezeki masih di langit,
turunkanlah,


jika  di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, 
jika haram, sucikanlah,
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.





No comments:

Post a Comment